ALOR GAJAH, 26 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah berjaya menganjurkan program Jelajah Ilmu PTAR : Eksplorasi Digital 2025 yang berlangsung di Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah hari ini.
Bertemakan “Dari Eksplorasi ke Aspirasi”, program ini merupakan salah satu pengisian bagi program bersama komuniti berskala besar di bawah inisiatif Literacy in Technology Through Learning & Exploration (LITTLE) anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka.
Berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, program ini telah menarik penyertaan seramai 221 orang peserta terdiri daripada pelajar, pensyarah, staf pentadbiran serta pengunjung dari kalangan komuniti luar.
Menurut Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka, program ini merupakan usaha berterusan PTAR untuk mendekatkan perkhidmatan perpustakaan dengan masyarakat serta memupuk celik teknologi dalam kalangan pelajar melalui pendekatan yang lebih interaktif dan inklusif.
“𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘮𝘢𝘩𝘶 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘤𝘦𝘭𝘪𝘬 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘬𝘭𝘶𝘮𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘱𝘢𝘵, 𝘤𝘦𝘱𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘩𝘪𝘩. 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘪𝘯𝘪 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘶𝘯𝘪𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪𝘵𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘰𝘮𝘶𝘯𝘪𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶𝘪 𝘢𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘵𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘳𝘰𝘯𝘰𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘭𝘮𝘶,” ujar beliau.
Antara aktiviti utama yang diadakan termasuk:
- 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗦𝗲𝗮𝗿𝗰𝗵 : Panduan penggunaan katalog dalam talian untuk pencarian bahan ilmiah secara efektif.
- 𝗪𝗵𝗲𝗲𝗹 𝗼𝗳 𝗞𝗻𝗼𝘄𝗹𝗲𝗱𝗴𝗲 : Aktiviti kuiz interaktif yang menguji pengetahuan peserta merangkumi soalan kategori mengenai UiTM, isu semasa, pengetahuan am dan lain-lain.
- 𝗘𝘅𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗹 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝘀𝗵𝗶𝗽 : Promosi keahlian luar PTAR kepada pengunjung bukan warga UiTM.
- 𝗖𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗔𝗸𝘁𝗶𝗳 : Aktiviti kuiz pendidikan yang melibatkan penyertaan kanak-kanak prasekolah.
- 𝗦𝗽𝗲𝗲𝗱 𝗥𝗲𝗮𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗖𝗵𝗮𝗹𝗹𝗲𝗻𝗴𝗲 : Cabaran membaca pantas dan menjawab soalan kefahaman.
- 𝗠𝘆𝗥𝗲𝗮𝗱𝗶𝗻𝗴 – 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗣𝗧𝗔𝗥 : Latihan kepada pelajar UiTM untuk merekod bahan bacaan mereka secara digital melalui aplikasi MyReading.
Turut hadir ke reruai PTAR ialah Encik Mustapha, wakil Corporate Engagement & Outreach dari Pelangi Publishing Group Bhd, yang menyatakan penghargaan terhadap penganjuran program seumpama ini yang mampu merapatkan hubungan antara institusi dan komuniti.
“𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘨𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘰𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘭𝘪𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘪𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪𝘵𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘬𝘢𝘵 – 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘢𝘬𝘢𝘥𝘦𝘮𝘪𝘬, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢 𝘯𝘪𝘭𝘢𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘵𝘦𝘳𝘢𝘮𝘱𝘪𝘭𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘦𝘳𝘢 𝘥𝘪𝘨𝘪𝘵𝘢𝘭,” katanya.
Penganjuran Jelajah Ilmu PTAR 2025 membuktikan komitmen PTAR UiTM Cawangan Melaka dalam memperkukuh budaya ilmu dan literasi maklumat digital seiring hasrat universiti untuk melahirkan graduan yang celik teknologi dan mampu bersaing dalam landskap pembelajaran abad ke-21.