SEGAMAT, 24 Jun 2025 – Program bertemakan keusahawanan bertajuk The Entrepreneur Mindset: How to Start Thinking Like an Entrepreneur telah berjaya dianjurkan dengan jayanya di Ruang LCE, Perpustakaan Tun Dr. Ismail 1 (PTDI 1), UiTM Cawangan Johor.
Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah menarik penyertaan seramai 156 orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Maklumat serta 17 orang staf UiTM. Penceramah jemputan, Puan Nurul Sha’adah Abdul Kalam, yang kini menyandang jawatan sebagai Head of Program Delivery untuk PETRONAS Innovation Garage (PING23), turut hadir bagi berkongsi pengalaman berharga. Beliau yang juga merupakan alumni UiTM telah menyampaikan ceramah penuh inspirasi yang menyentuh aspek dunia korporat, cabaran keusahawanan, serta pembentukan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan mahasiswa.
Program ini dianjurkan bagi menyokong pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 5 dan Petunjuk Prestasi (PI) 10 iaitu penglibatan alumni dalam program budaya ilmu. Selain membuka peluang kolaborasi antara pelajar, alumni dan pihak industri, program ini turut bertujuan menyemai minat terhadap keusahawanan serta menggalakkan penjanaan idea baharu yang berpotensi untuk dimajukan.
Secara keseluruhan, penganjuran program ini berjaya membuka minda para peserta terhadap potensi diri dalam dunia keusahawanan. Ia juga menjadi pemangkin kepada hubungan strategik antara institusi dan alumni dalam melahirkan graduan UiTM yang lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran global.
Pautan media sosial : media sosial