16 JULAI 2025 | 20 MUHARRAM 1447H (RABU)
📚 Program Speed Reading Bersama Staf HASA 📚
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah telah berjaya menganjurkan Program Speed Reading khas untuk staf HASA, dikendalikan oleh Puan Nurul Atika Harud Din (Pustakawan PPTAR) dan dibantu oleh Puan Nur Fatini Ahmad Fazli.
Program yang berlangsung pada 15 Julai 2025 ini disertai oleh seramai 15 orang peserta, terdiri daripada:
✔️ 8 orang staf Jabatan Kejururawatan
✔️ 2 orang staf Jabatan Farmasi
✔️ 6 orang staf Jabatan Pengurusan Risiko,Pematuhan dan Kualiti (RMCQ)
Sepanjang program, peserta mempelajari:
📌 Teknik bacaan pantas tanpa mengabaikan kefahaman
📌 Strategi membaca lebih sistematik untuk literasi maklumat perubatan
📌 Tips menapis dan memahami maklumat secara efektif
💬 Menarik perhatian peserta:
"Rupanya teknik baca laju ni sangat praktikal, tak sangka boleh ingat lebih banyak dalam masa lebih singkat!" – maklum balas salah seorang peserta
✨ Program ini bertujuan membantu warga kerja HASA mengaplikasikan teknik bacaan pantas dalam urusan harian, sekaligus meningkatkan kecekapan pencarian maklumat dalam bidang perubatan.
Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen sepanjang program! PPTAR akan terus komited dalam menyokong pembangunan ilmu dan kemahiran staf HASA melalui pelbagai inisiatif literasi maklumat yang relevan.
📸 Saksikan detik menarik sepanjang program dalam galeri gambar kami!