Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Tahniah atas Kenaikan Pangkat: Puan Aznur Umiza binti Abu Kasim @ Abu Kassim

16 Julai 2025 | 20 Muharram 1447H
PTAR merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Puan Aznur Umiza binti Abu Kasim @ Abu Kassim atas kenaikan pangkat ke jawatan Ketua Timbalan Pustakawan Gred S14, berkuat kuasa pada 16 Julai 2025.

Kenaikan pangkat ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang, dedikasi yang tidak berbelah bahagi, serta komitmen berterusan beliau dalam memartabatkan perkhidmatan perpustakaan di UiTM. Puan Aznur Umiza telah membuktikan kepimpinan yang berwibawa dan komitmen tinggi dalam menerajui pelbagai inisiatif strategik demi memperkasa budaya ilmu dan kecemerlangan akademik di universiti.

Warga Perpustakaan UiTM amat berbangga dengan pencapaian ini dan yakin beliau akan terus memberikan impak positif serta meneruskan kecemerlangan dalam peranan baharu ini.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Puan Aznur Umiza.
Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga perpustakaan!

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.