Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Majlis Penutup Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Daerah Seremban 2025

Seremban, 10 September 2025 - Telah berlangsung Majlis Penutup Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Daerah Seremban 2025 yang dijalankan di Ruang LCE, PTAR Kampus Seremban.

Program kolaborasi antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan bersama Pejabat Pendidikan Daerah Seremban ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semoga inovasi yang dihasilkan dapat terus memberi manfaat kepada dunia pendidikan serta menjadi inspirasi kepada warga pendidik di masa hadapan.

Tags: