Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Majlis Apresiasi Sudut IQRA' 2025

10 Julai 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Majlis Apresiasi Sudut IQRA' 2025 yang berlangsung dengan jayanya di Ruang Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Sultan Badlishah. Majlis yang diadakan pada 10 Julai 2025, jam 2.30 petang itu telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Roshima Haji Said, Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Kedah, sebagai satu penghargaan rasmi kepada jabatan-jabatan yang terlibat dalam Pertandingan Sudut IQRA'.

Pertandingan ini telah disertai oleh enam jabatan utama iaitu Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar, Unit Pentadbiran Disiplin & Aktiviti Pelajar (UPDA) serta Unit Psikologi & Kaunseling (HEP). Hasil kreativiti dan pengisian ilmiah dalam setiap sudut bacaan dinilai berdasarkan elemen keilmuan, susun atur bahan, visual serta nilai tambah terhadap pembudayaan ilmu dalam jabatan masing-masing.

Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni telah dinobatkan sebagai juara tempat pertama, manakala Bahagian Pentadbiran merangkul tempat kedua, dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (Unit Pengurusan Kolej) berjaya mendapat tempat ketiga. Majlis ini turut menyaksikan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam membangunkan sudut bacaan jabatan yang memberi manfaat kepada staf dan pelajar.

Secara keseluruhan, Majlis Apresiasi Sudut IQRA' 2025 telah berjaya memupuk semangat kolaboratif dan menyemarakkan budaya membaca dalam komuniti kampus. Perpustakaan Sultan Badlishah komited untuk terus menganjurkan program seumpama ini sebagai inisiatif strategik dalam memperkasa ekosistem ilmu di UiTM Cawangan Kedah melalui kerjasama berterusan dengan pelbagai jabatan dalaman universiti.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.