Pasir Gudang, 14 Julai 2025 - Pada tarikh 14 Julai 2025, bersamaan hari Isnin, satu lawatan telah dianjurkan oleh Sek. Men. Keb. Seri Kota Puteri 2, Johor, ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Pasir Gudang. Lawatan yang bermula seawal jam 1.00 tengah hari ini bertujuan mendedahkan para pelajar tingkatan lima sekolah ini dengan suasana di universiti dan memberi penerangan tentang program yang ditawarkan di sini sempena program Aspire Camp –Bengkel Pemantapan Sains Dan Matematik SPM 2025.
Library News
- PTDI Johor
- News
- Hits: 15
Lawatan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Puteri 2
Perpustakaan Tun Dr. Ismail turut mengisi slot sesi lawatan 95 orang pelajar ke Kampus Pasir Gudang. Justeru, lawatan ini memberikan peluang kepada peserta untuk memahami bagaimana sebuah perpustakaan universiti diuruskan dengan efektif.
Empat orang guru dari Sek. Men. Keb. Seri Kota Puteri 2 juga turut terlibat dalam program ini. Mereka diberikan penerangan oleh pustakawan yang berpengalaman, yang menjelaskan fungsi-fungsi utama perpustakaan serta cara penggunaan teknologi terkini dalam pengurusan bahan bacaan.
Selain itu, para peserta juga berpeluang melawat pelbagai bahagian di perpustakaan, termasuk ruang bacaan, bilik komputer, serta kawasan repositori bahan ilmiah.
Lawatan ini telah mencapai matlamatnya dengan memberi pendedahan berguna kepada para guru dan pelajar yang terlibat