Sebagai tanda penghargaan kepada warga fakulti yang aktif meminjam buku di Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam, PTAR Alam Bina amat berbesar hati menyampaikan Hadiah bagi Peminjam Buku Terbanyak Bagi Bulan Januari - Jun 2025. Hadiah yang disampaikan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Staf fakulti dan Pelajar. Ini bertujuan sebagai galakan kepada warga fakulti atas inisiatif membudayakan pembacaan yang dapat meningkatkan pengetahuan, memperkukuh pemikiran kritikal, dan membantu melahirkan medan intelektual yang lebih dinamik serta berdaya saing dalam kalangan warga akademik dan pelajar.
Penerima hadiah bagi Kategori Staf Akademik adalah seperti berikut:
Tempat Pertama: PROFESOR MADYA KWONG QI JIE
Tempat Kedua: MUHAMAD ZAIHAFIZ BIN ZAINAL ABIDIN
Tempat Ketiga: SITI KARTINA BINTI JUHARI
Manakala bagi Kategori Pelajar, hadiah telah diberikan kepada:
Tempat Pertama: NURIANIE BINTI MD GHAZALI
Tempat Kedua: MUHAMMAD NAZRULHAFIZ BIN NOR RISHAM
Tempat Ketiga: MUHAMMAD AMMAR BIN MAHASAN
Tempat Keempat: ERWAN NAJHAN
Tempat Kelima: MUHAMMAD HAZIQ IMANNI BIN ISHAK
Tahniah diucapkan!
#UiTMMEMBACA
#JelajahIlmu
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#PermataUiTM