BANDAR JENGKA, 20 Jun 2025 – Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menerima kunjungan seramai 8 orang pelajar dari Universitas Negeri Malang, Indonesia dalam satu sesi lawatan dan perkongsian ilmu yang berlangsung penuh bermakna.
Lawatan ini telah dirangka bagi memperkenalkan kepelbagaian perkhidmatan perpustakaan serta membuka ruang dialog dua hala antara institusi. Antara pengisian utama sepanjang sesi adalah:
-
Sesi Perkongsian Alat AI & Teknologi – Disampaikan oleh Puan Nurfarawahidah binti Badruesham, Pustakawan Kanan, sesi ini memberi pendedahan kepada penggunaan alat kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT dalam konteks pendidikan dan penyelidikan.
-
Pengenalan Perkhidmatan Perpustakaan – Memberi gambaran menyeluruh tentang akses kepada sumber elektronik, kemudahan fizikal perpustakaan, serta inisiatif literasi maklumat yang ditawarkan kepada warga kampus.
-
Lawatan Perpustakaan (Library Tour) – Sesi lawatan fizikal ke ruang-ruang utama perpustakaan termasuk koleksi umum, ruang pembelajaran, dan sudut inovasi.
Sesi ini bukan sahaja memperkukuh hubungan akademik antarabangsa antara Malaysia dan Indonesia, malah memberi peluang kepada para pelajar untuk bertukar pandangan, pengalaman, serta meneroka amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan dan pendidikan.
Perpustakaan Al-Bukhari berharap lawatan ini menjadi permulaan kepada kerjasama lebih erat pada masa hadapan dalam memperkukuh budaya ilmu dan jaringan serantau.