Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

AI Made Simple: Perkasa Literasi Digital dan Inovasi Tempat Kerja

AI Made Simple: Perkasa Literasi Digital dan Inovasi Tempat Kerja

BANDAR JENGKA, 20 Jun 2025 – Program AI Made Simple: Smart Tools For Everyday Work telah berjaya dianjurkan di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini memberi pendedahan awal kepada konsep Kecerdasan Buatan (AI) dalam suasana santai, interaktif dan penuh informasi.

Disampaikan oleh Puan Nurfarawahidah binti Badruesham, Pustakawan Kanan, sesi ini membimbing peserta menerusi beberapa topik utama termasuk:

  • Introduction to AI

  • ChatGPT & Perplexity AI Demonstration

  • AI for Design and Visuals

Program turut diserikan dengan sesi hands-on activity yang memberi peluang kepada peserta mencuba sendiri pelbagai aplikasi AI dalam konteks tugasan harian dan pendidikan. Pendekatan ini telah membuka ruang penerokaan teknologi baharu yang praktikal dan mudah diakses.

Menambah nilai kepada sesi, Puan Muniratul Husna binti Mohamad Zaki, Pustakawan, turut berkongsi maklumat berkaitan inisiatif MyReading dan kadar bacaan rakyat Malaysia. Perkongsian ini memberikan gambaran terhadap tahap literasi membaca di negara ini serta peranan pustakawan dalam memperkukuh budaya membaca dalam era digital.

Program ini telah melibatkan penyertaan aktif daripada kalangan staf akademik dan pentadbiran UiTM Cawangan Pahang, yang menunjukkan minat dan komitmen tinggi terhadap peningkatan kemahiran digital serta literasi maklumat.

Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat terus menyemarakkan budaya celik teknologi serta menyokong pembangunan ekosistem pembelajaran dan kerja yang lebih inovatif di kalangan warga kampus.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.