Library News

Eksplorasi Maklumat 3R PTAR Bersama Mahasiswa

Eksplorasi Maklumat 3R PTAR Bersama Mahasiswa

26 Jun 2025 | 29 Zulhijjah 1446h – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor telah mengadakan Program Eksplorasi Maklumat 3R PTAR Bersama Mahasiswa. Program ini telah berlangsung dengan jayanya diPTAR Kampus Puncak Alam.

Program Eksplorasi Maklumat 3R (Royal, Race, Religion) merupakan salah satu inisiatif intelektual anjuran PTAR bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa mengenai kepekaan terhadap isu-isu sensitif berkaitan institusi diraja, kaum dan agama. Program ini juga bertujuan untuk memupuk budaya celik maklumat dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar dalam menilai serta memahami maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

Objektif Program:

1. Memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai sensitiviti isu 3R dalam konteks perpaduan nasional.
2. Meningkatkan kemahiran literasi maklumat pelajar dalam menilai kandungan maklumat berkaitan isu 3R.
3. Memupuk kesedaran sivik dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa.
Menyokong inisiatif PTAR dalam menyemarakkan budaya ilmu dan cakna maklumat.

Senarai Pemenang :

1. Nur Amila Qistina Binti Noor Khairi – Fakulti Pengurusan Perniagaan
2. Hanis Suhailah Binti Abdul Halim – Fakulti Pengurusan Perniagaan
3. Mohammad Dzul Helmi Bin Jaffar – Fakulti Pendidikan 
4. Aiman Hakim Bin Abdul Aziz – Fakulti Pendidikan
5. Nur Syafiqah Binti Mazlan – Fakulti Pengurusan Perniagaan

PTAR komited untuk terus menganjurkan program berimpak seumpama ini dalam menyokong pembangunan sahsiah dan intelektual mahasiswa melalui pendekatan holistik dan inklusif.

Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan malalui maklum balas positif yang diterima daripada para peserta. 

Tags: