Library News

Lawatan Penanda Aras & Kerjasama Antara Pusat Sumber Kolej Vokasional Juasseh dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban

SEREMBAN, 7 Ogos 2025 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban telah menerima lawatan penanda aras daripada Kolej Vokasional Juasseh. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan informasi berkaitan pengurusan perpustakaan, memahami dengan lebih mendalam peranan PTAR Kampus Seremban, serta meninjau kemudahan yang disediakan. Maklumat dan pengalaman yang diperoleh sepanjang lawatan ini akan dijadikan panduan serta rujukan oleh Kolej Vokasional Juasseh dalam usaha mereka untuk menambah baik pusat sumber institusi tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Vokasional Juasseh kerana sudi berkunjung ke PTAR Kampus Seremban.

Semoga dengan adanya program lawatan seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Tags: