Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program “1 Staf 1 Perkongsian”

 

05 Ogos 2025 | 11 Safar 1447H (Selasa)

Program “1 Staf 1 Perkongsian” telah berjaya dilaksanakan dengan pengisian menarik daripada staf Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak yang berkongsi ilmu dan kepakaran masing-masing. Sebuah inisiatif yang mengetengahkan kepakaran dan pengalaman kerja dalam kalangan warga perpustakaan melalui sesi perkongsian santai tetapi bermakna.

Program ini menjadi platform untuk memupuk budaya perkongsian ilmu, meningkatkan pengetahuan dalaman serta memperkasakan kerjasama profesional dalam kalangan staf.

Antara tajuk yang dikongsikan:
🔹 Pn. Noor Azlin Abdullah – ESI & iDART
🔹 Pn. Nurul Atika Harud Din – eLIB UiTM
🔹 Pn. Nur Fatini Ahmad Fazli – Proses Pinjaman & Pemulangan Buku
🔹 Pn. Maizatul Akmal Sidik – Format Surat Rasmi
🔹 Pn. Nur Ira Wahidah Nasir – Proses Perolehan Bahan
🔹 Pn. Fasihah Abdul Wahab – Pangkalan Data Dalam Talian (Online Database)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua staf yang terlibat atas komitmen dan perkongsian bermanfaat.Semoga program seperti ini dapat diteruskan sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh budaya kerja berpengetahuan dan berinovatif.

 
Tags: ,