SEGAMAT, 7 Ogos 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor telah menganjurkan Program Sejahtera 360: Sihat Bersama bertempat di PTDI 1, bermula jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif memperkukuh kesejahteraan fizikal dan mental kakitangan, selaras dengan Amanat Ketua Pustakawan UiTM 2025 yang menekankan aspek kesihatan menyeluruh di tempat kerja.
Program ini dikendalikan oleh barisan fasilitator iaitu Encik Mohd Azmi bin Samsuri, Encik Mohd Farizal bin Aziz, Cik Aleeya binti Amri, Cik Nurul Izzati binti Mohamad Idris dan Cik Nur Farah Syahira binti Hassan. Pelbagai aktiviti dijalankan merangkumi elemen kesihatan fizikal seperti senaman ringan serta kesedaran mental melalui pendekatan interaktif dan santai.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap pentingnya penjagaan kesihatan, menggalakkan keseimbangan kehidupan kerja dan peribadi, serta menyokong usaha peningkatan produktiviti dalam kalangan kakitangan PTDI. Aktiviti yang disusun bukan sahaja menyeronokkan, malah berjaya menyampaikan mesej berimpak tinggi mengenai gaya hidup sihat.
Secara keseluruhannya, Program Sejahtera 360: Sihat Bersama berjaya mencapai matlamat dalam menyemai budaya kerja yang lebih sejahtera dan sihat. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan secara berkala demi kesejahteraan dan motivasi berterusan warga UiTM.
Hebahan media sosial : media sosial