LAWATAN KETUA PUSTAKAWAN UiTM KE PTAR KAMPUS PUNCAK ALAM
3 Disember 2025 | 12 Jamadilakhir 1447H – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah menerima lawatan rasmi Ketua Pustakawan UiTM, YBrs. Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan. Ketibaan beliau disambut mesra oleh Puan Hani Liza Norfin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, bersama barisan pengurusan PTAR Kampus Puncak Alam.
Lawatan ini bertujuan meninjau pencapaian semasa, inisiatif strategik serta hala tuju PTAR UiTM Cawangan Selangor dalam menyokong agenda universiti. Sepanjang sesi, beliau turut berkongsi pandangan konstruktif dan cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh keberkesanan perkhidmatan perpustakaan agar terus relevan, inovatif dan berimpak.
Selain itu, beliau berpeluang berinteraksi secara langsung dengan para pelajar bagi mendapatkan maklum balas berkaitan kemudahan pembelajaran dan perkhidmatan perpustakaan. Lawatan turut diteruskan ke PTAR Kompleks Alam Bina dan Senireka untuk meninjau kemudahan serta beramah mesra bersama warga kerja dan pelajar di sana.
Seluruh warga PTAR Kampus Puncak Alam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YBrs. Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan meluangkan masa. Semoga lawatan ini menjadi pemangkin semangat dalam memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan ke arah menyokong visi dan misi universiti.
Sekian.



