SEGAMAT, 7 Ogos 2025 – Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan menyuntik semangat patriotisme, Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor telah menganjurkan Kempen Kibaran Jalur Gemilang yang berlangsung secara ringkas tetapi penuh bermakna di ruang parkir PTDI 1.
Program bermula tepat jam 8.30 pagi dan disertai sepenuhnya oleh warga kerja PTDI. Sepanjang 15 minit pelaksanaan, para peserta bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan semangat kebangsaan yang tinggi, sebagai lambang kecintaan terhadap tanah air dan penghargaan terhadap kemerdekaan yang telah dikecapi.
Kempen ini bertujuan untuk membudayakan semangat Negara Madani, serta memperkukuh rasa perpaduan dalam kalangan warga kampus. Ia juga menjadi titik permulaan kepada pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang bulan Ogos, selaras dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68.
“Jom kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga!” – Semoga semangat ini terus menyala dalam sanubari setiap warga PTDI dan UiTM, demi membina negara yang progresif, inklusif dan harmoni.
Hebahan media sosial : media sosial