SEGAMAT, 6 Ogos 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod & Arkib bersama Jabatan Bendahari sebagai salah satu inisiatif memperkasakan pengurusan rekod secara sistematik dalam kalangan Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Sesi yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Rozana Mat Sanat, Pustakawan Kanan, dengan bantuan Cik Amira Suhada Mazlan, Pembantu Pustakawan. Fokus utama perbincangan bagi tahun ini adalah berkaitan proses pelupusan rekod, termasuk tatacara dan keperluan dokumentasi selaras dengan peraturan yang ditetapkan.
Melalui sesi ini, warga Jabatan Bendahari diberi pendedahan secara terperinci mengenai perkhidmatan pengurusan rekod dan arkib yang ditawarkan oleh PTDI, di samping meningkatkan kefahaman terhadap peranan dan tanggungjawab setiap PTJ dalam pengurusan rekod jabatan masing-masing.
Diharapkan sesi libat urus seperti ini dapat menjadi pemangkin kepada pengurusan maklumat yang lebih cekap, telus dan sistematik, seiring dengan aspirasi UiTM untuk memperkukuh tadbir urus dan pemeliharaan dokumen rasmi universiti.
Hebahan media sosial : media sosial
