السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE PROGRAM SPEED READING BERSAMA JABATAN-JABATAN DI HASA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) akan mengadakan Program Speed Reading Bersama Jabatan-jabatan di HASA seperti ketetapan berikut:
i. Jabatan Penyelidikan, Jaringan Industri dan Inovasi
ii. Jabatan Komunikasi Korporat
iii. Jabatan Perubatan Pemulihan
iv. Jabatan Radiologi
Tarikh : 15 Julai 2025 (Selasa)
Masa : 08.45 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak HASA
3. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memperkenalkan teknik membaca dengan pantas, menjimatkan masa pembacaan, memaksimumkan kualiti bacaan, meningkatkan jumlah buku untuk dibaca, mengasah dan menguatkan daya pemikiran dan ingatan.
4. Kerjasama YBrs. Profesor/Tuan/Puan untuk hadir ke sesi ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi Puan Nurul Atika Harud Din, Pustakawan di talian 03-3396 3000 (samb. 12802) atau Puan Nur Fatini Ahmad Fazli 03-3396 3000 (samb. 12803/12807).
Sekian, terima kasih.
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak
HospitalAL-Sultan Abdullah
UiTM PuncakAlam
Like and follow us
https://www.facebook.com/ptar.hasa.uitm
https://ptar-hasa.blogspot.com/
https://hospital.library.uitm.edu.my/
https://www.tiktok.com/@ptarhasa