Shah Alam, 9 Julai 2025 | 13 Muharram 1447H – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), telah mengadakan sesi penyerahan Surat Penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2024 kepada staf yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, dedikasi tinggi serta komitmen berterusan dalam melaksanakan tanggungjawab.

- APC 2024 disampaikan kepada staf cemerlang PTAR.
- 12 penerima dihargai atas dedikasi dan prestasi kerja.
- Pengiktirafan jadi motivasi teruskan kecemerlangan.
Anugerah ini merupakan pengiktirafan institusi terhadap sumbangan warga kerja yang telah melebihi jangkaan dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada komuniti akademik.
Senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 adalah seperti berikut:
- Puan Aznur Umiza Binti Abu Kasim @ Abu Kassim – Pengarah, Bahagian Sumber Rujukan Universiti (BSRU)
- Puan Shahidatul Akhmam Rambeli – Timbalan Ketua Pustakawan
- Dr. Nurul Aida Binti Noor Azizi – Timbalan Ketua Pustakawan
- Puan Eza Eliana Binti A Wahid – Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP)
- Puan Wan Izzatul Fahrah Binti Wan Ishak – Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
- Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili – Penolong Pendaftar Kanan
- Encik Mohamad Komiri Bin Surono – Pembantu Pustakawan Tertinggi
- Puan Nor Hafizah Binti Ismail – Pembantu Arkib Kanan
- Puan Effiza Sazliana Binti Mohd Salleh – Pembantu Pustakawan Kanan
- Encik Mohamad Salim Bin Ali – Pembantu Khidmat Am
- Encik Mohamad As'shari Bin Omar – Pembantu Khidmat Am
- Encik Mohd Yusri Bin Hamid – Pembantu Khidmat Am
PTAR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima atas pencapaian ini yang mencerminkan semangat juang, profesionalisme dan komitmen dalam memperkukuh budaya kerja cemerlang. Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan dan menyokong visi serta misi universiti.
PTAR kekal komited untuk terus memartabatkan peranan perpustakaan sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan perkhidmatan, seiring aspirasi UiTM dalam mendokong pendidikan tinggi negara.