Arau, 22 Julai 2025 – Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH), UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program 1 Staf 1 Perkongsian Ilmu yang berlangsung di Bilik Seminar, PDJH 2 bermula jam 10.00 pagi. Program ini merupakan platform dalaman untuk menggalakkan perkongsian ilmu dalam kalangan staf perpustakaan.
Sesi kali ini telah disampaikan oleh En. Mohd Fahizan Hamid, Timbalan Ketua Pustakawan, dengan tajuk pembentangan bertemakan “Pusat Maklumat”. Beliau telah berkongsi pandangan, fungsi dan kepentingan pusat maklumat dalam mendukung sistem pengurusan maklumat serta peranan strategik perpustakaan.
Inisiatif seperti ini merupakan usaha berterusan PDJH dalam memperkasa budaya ilmu dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja, seiring dengan aspirasi UiTM untuk membentuk organisasi berteraskan ilmu dan kepakaran.