SEGAMAT, 17 Julai 2025 – Seluruh warga Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor merakamkan setulus ucapan syabas dan tahniah kepada tiga warga PTDI yang telah berjaya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024.
Penerima APC 2024 ialah:
-
Cik Nor Azelea binti Mohd Azahar (Pustakawan Kanan)
-
Encik Mohd Farizal bin Aziz (Pembantu Pustakawan Kanan)
-
Encik Mohd Shafiq bin Mohd Danil (Pembantu Pustakawan Kanan)
Penganugerahan ini menjadi simbol penghargaan atas dedikasi, usaha gigih serta komitmen tinggi mereka dalam memartabatkan perkhidmatan perpustakaan dan menyokong aspirasi universiti sebagai pusat ilmu yang unggul.
Semoga kejayaan ini bukan sahaja menjadi pendorong kepada diri sendiri untuk terus berbakti dengan cemerlang, malah turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga PTDI untuk sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan komuniti kampus.
Tahniah sekali lagi diucapkan. Semoga terus sukses, diberkati dan terus unggul dalam kerjaya.
Hebahan media sosial : media sosial