Taklimat Perpustakaan PTAR Alam Bina Sempena Minggu Pemantapan Destinasi Siswa (MDS/PDS) Mac 2026

Shah Alam, 30 Mac 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Alam Bina telah mengadakan sesi taklimat perpustakaan secara dalam talian bersempena Minggu Pemantapan Destinasi Siswa (MDS/PDS) bagi menyambut kehadiran pelajar baharu Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam.

Sesi taklimat selama satu jam ini disampaikan oleh Puan Hanani Rojikin, Pustakawan Kanan PTAR Alam Bina dan dihadiri oleh seramai 212 orang pelajar baharu. Taklimat ini bertujuan memperkenalkan kemudahan, perkhidmatan serta sumber yang disediakan oleh perpustakaan dalam menyokong keperluan pembelajaran dan akademik pelajar sepanjang pengajian mereka.

Pelbagai ilmu dan perkongsian telah disampaikan, termasuk cara mengakses bahan rujukan, penggunaan sistem PERMATA (sistem perpustakaan), serta perkhidmatan sokongan yang ditawarkan oleh PTAR Alam Bina. Para pelajar turut didedahkan dengan kepentingan literasi maklumat dalam membantu mereka mencari, menilai dan menggunakan maklumat secara berkesan.

Diharapkan melalui sesi ini, para pelajar baharu dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perpustakaan sebagai pusat sokongan utama dalam perjalanan akademik mereka di UiTM.

Hanani Rojikin PTAB Shah Alam

Leave a Reply