3 Julai 2026 | PTAR Undang-Undang, UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang (PTUU) berbesar hati menerima kunjungan akademik daripada Universitas Pembangunan Nasional Veteran Jakarta (UPNVJ), Indonesia yang melibatkan seramai 60 orang pelajar bersama seorang pensyarah.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ketua PTAR Undang-Undang sebelum para pelawat dibawa melawat ke setiap aras perpustakaan bagi meninjau kemudahan, ruang pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan kepada warga universiti.
Sepanjang lawatan, para pelawat berpeluang melihat sendiri pelbagai inisiatif dan kemudahan yang menyokong pembelajaran, penyelidikan serta pengalaman pengguna di PTAR Undang-Undang. Mereka turut melahirkan rasa teruja dan kagum terhadap persekitaran perpustakaan yang kondusif, kemudahan moden serta penyampaian perkhidmatan yang mesra pengguna.
Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan jaringan kerjasama akademik serta membuka ruang kepada perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik antara kedua-dua institusi.
PTAR Undang-Undang mengucapkan terima kasih atas kunjungan dan berharap hubungan baik ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan.





