Lawatan Pelajar Antarabangsa Universitas Pakuan (UNPAK), Bogor, Indonesia ke PTAR Alam Bina

Pada 22 Januari 2026 bersamaan 04 Syaaban 1447h, jam 3.00 petang, PTAR Alam Bina (PTAB) telah menerima lawatan daripada 15 orang pelajar antarabangsa. Lawatan ini diadakan bersempena Program Kolaborasi Akademik Antarabangsa antara Pusat Pengajian Seni Bina, Perancangan dan Ukur (PPSUG), UiTM Shah Alam dan Universitas Pakuan (UNPAK), Bogor, Jawa Barat, Indonesia.

Sepanjang lawatan, para pelajar telah diberikan penerangan berkaitan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan oleh Pn. Hanani Rojikin, Ketua Perpustakaan Fakulti, PTAR Alam Bina, yang merangkumi peranan perpustakaan dalam menyokong aktiviti akademik dan pembelajaran.

Seusai lawatan di perpustakaan, para pelajar telah dibawa melawat persekitaran Fakulti Alam Bina di Kompleks Tahir Majid bagi memberi pendedahan menyeluruh terhadap kemudahan dan suasana pembelajaran di UiTM Shah Alam.

Hanani Rojikin PTAB Shah Alam

Leave a Reply