Lawatan Panel Audit Akreditasi BOVAEP ke PTAR Alam Bina

PTAR Alam Bina (PTAB) telah menerima kunjungan panel auditor daripada Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers (BOVAEP) pada Selasa, 21 Januari 2026, bersamaan 03 Syaaban 1447h.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian formal yang dijalankan oleh pihak BOVAEP bagi melihat kemudahan perpustakaan dalam menyokong kepada pematuhan standard akreditasi bidang yang ditetapkan.

Proses akreditasi ini melibatkan Bidang Pengurusan Hartanah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Lawatan ini telah diketuai oleh Prof. Dr. Wan Noor Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Panel Auditor dengan diiringi kumpulan pensyarah dari bidang tersebut.

Hanani Rojikin PTAB Shah Alam

Leave a Reply