Program CSR Vitamin Ilmu: “Next-Gen Library Leaders”

Program CSR Vitamin Ilmu: “Next-Gen Library Leaders” bersama SK Zainab (2), Kota Bharu yang telah berlangsung pada 9 Disember 2025 dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang di Bilik Seminar PTA merupakan program kerjasama antara Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan, Fakulti Sains Maklumat UiTM Cawangan Kelantan dan Sekolah Kebangsaan Zainab 2, dengan penyertaan seramai 48 orang pengawas Pusat Sumber Sekolah Al-Wardah SK Zainab 2.

Program ini merupakan inisiatif Perpustakaan Tengku Anis (PTA) bagi memupuk minat terhadap kepimpinan literasi dan budaya perpustakaan dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

Objektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada konsep kepimpinan perpustakaan secara interaktif dan praktikal, menggalakkan kemahiran komunikasi, kerjasama dan tanggungjawab dalam pengurusan bahan bacaan, menyokong usaha melahirkan generasi muda yang celik maklumat serta berkemahiran literasi, dan mengukuhkan hubungan komuniti antara perpustakaan dengan institusi pendidikan setempat.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Nordelina Zulkarnain, Timbalan Ketua Pustakawan, diikuti ucapan daripada Dr. Suriana Alias, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Maklumat UiTM Cawangan Kelantan, serta Encik Nor Azrean Makhtar, Penolong Kanan Kokurikulum SK Zainab 2, sebelum diteruskan dengan majlis menandatangani jalinan strategik antara Perpustakaan Tengku Anis, Fakulti Sains Maklumat UiTM Cawangan Kelantan dan Pusat Sumber Al-Wardah SK Zainab 2.

Antara pengisian program:

  1. Aktiviti Literasi Maklumat (Speed Reading) – Puan Rosmariyati Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) PTA Kampus Kota Bharu
  2. Taklimat Next-Gen Library Leaders – Puan Siti Aswani Mohd Ghazali, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Maklumat UiTM Cawangan Kelantan
  3. Taklimat Peranan dan Etika Pengawas Pusat Sumber Sekolah – Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan
  4. Lawatan berpandu sekitar perpustakaan

Perpustakaan Tengku Anis mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan penganjuran seperti ini dapat diteruskan bagi menyokong perkembangan literasi maklumat dalam kalangan pelajar sekolah rendah serta mengukuhkan jaringan kerjasama strategik pada masa hadapan.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply