Lawatan Penandaarasan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang Ke Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang

Satu lawatan penandaarasan telah diadakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang ke Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan pada 18 Disember 2025 (Khamis) jam 2.00 petang. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama serta perkongsian amalan terbaik antara perpustakaan UiTM, khususnya dalam aspek pengurusan, perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

Lawatan dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Perpustakaan Cawangan Perpustakaan Tengku Anis, Puan Nordelina Zulkarnain, yang mengalu-alukan kehadiran delegasi PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang serta menzahirkan harapan agar lawatan ini dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara kedua-dua pihak. Seterusnya, ucapan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, yang menekankan kepentingan kerjasama strategik dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan.

Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat pengenalan perpustakaan yang disampaikan oleh Dr. Muslim Ismail@Ahmad, Timbalan Ketua Pustakawan (M)(KUP). Taklimat tersebut merangkumi latar belakang Perpustakaan Tengku Anis, struktur organisasi, kemudahan yang disediakan serta perkhidmatan dan inisiatif yang dilaksanakan bagi menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM Cawangan Kelantan.

Pihak Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang atas lawatan penandaarasan ini dan berharap perkongsian yang berlangsung dapat dimanfaatkan serta diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply