SESI LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD BERSAMA UNIT RESIDENSI DAN HOSPITALITI, KOLEJ INDERA SAKTI PERKUKUH AMALAN PENGURUSAN REKOD DI UITM PERAK

20 Nobvember 2025: Unit Arkib Cawangan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod bersama Unit Residensi dan Hospitaliti, Kolej Indera Sakti bertempat di UiTM Kampus Seri Iskandar.

Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga UiTM tentang kepentingan pengurusan rekod yang teratur, sistematik serta mematuhi dasar universiti. Sesi ini juga menjadi platform untuk berkongsi maklumat, menyelaras prosedur kerja dan menangani isu berkaitan pengurusan rekod.

Dalam sesi berkenaan, pihak Unit Arkib turut menerangkan proses pelupusan rekod serta pengasingan rekod tidak aktif bagi memastikan pengurusan dokumen universiti dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Sesi dikendalikan oleh Puan Nur Aqilah Binti Russli, Puan Noor Faridatul Akhma binti Abu Bakar, dan Puan Wan Fadilah Binti Mohamed Yusoff dari Unit Arkib Cawangan PTAR UiTM Cawangan Perak.

Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh amalan pengurusan rekod dan meningkatkan kerjasama antara jabatan bagi mencapai kecekapan serta pematuhan dalam pengurusan rekod universiti.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply