HARI 2: JELAJAH SETERUSNYA DAERAH ROMPIN

Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 di Daerah Rompin

Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 meneruskan siri programnya ke daerah kedua iaitu daerah Rompin pada 15 April 2026 dengan penglibatan peserta dalam pelbagai aktiviti yang telah disusun sepanjang hari.

Seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah telah menyertai program yang berlangsung di sekitar Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Rompin. Program dimulakan dengan sesi taklimat sebelum diteruskan dengan aktiviti praktikal pemerhatian biodiversiti serta demonstrasi berkaitan kaedah merekod dan memuat naik data di aplikasi iNaturalist.

Sepanjang program, peserta diberi peluang untuk turun ke lapangan dan merasai sendiri pengalaman mengenal pasti serta merekod biodiversiti secara lebih praktikal dan interaktif. Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan hari ini adalah melebihi 500 pemerhatian. Tahniah diucapkan!

Penganjuran pada hari ini turut memperlihatkan komitmen dan kerjasama yang baik daripada semua pihak yang terlibat, sekali gus menyumbang kepada kelancaran keseluruhan program.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply