Jelajah Biodiversiti Pahang 2026 meneruskan siri jelajahnya ke daerah Maran pada 18 April 2026 dengan pengisian yang berlangsung di sekitar Che Minah Sayang dan Perpustakaan Awam Daerah Maran.
Program hari ini melibatkan seramai 44 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan ORBID (Organization of Biodiversity Club), OBEY (Organization of Biology Progeny), staf perpustakaan serta pengguna perpustakaan yang bersama-sama menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.
Bertempat di kawasan rekreasi Che Minah Sayang yang dikelilingi keindahan alam semula jadi, para peserta memulakan aktiviti dengan sesi pemerhatian biodiversiti dalam suasana yang tenang dan kondusif. Persekitaran ini membantu peserta untuk menjalankan pemerhatian dengan lebih terperinci serta memberi ruang untuk mereka menghayati kepelbagaian spesies yang ditemui.
Aktiviti kemudiannya diteruskan di Perpustakaan Awam Daerah Maran dengan sesi demonstrasi dan perkongsian bagi memperkukuh kefahaman peserta dalam kaedah merekod serta memuat naik data pemerhatian dengan lebih sistematik.
Pergerakan antara lokasi turut memberikan pengalaman yang berbeza kepada peserta, sekali gus menjadikan program lebih dinamik dan tidak terhad kepada satu persekitaran sahaja.








Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan