LISTERASI SEKOLAH DAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT : PROGRAM PEMIMPIN MUDA MADANI SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 9.
14 Ogos 2025 (Khamis)
8.00 pagi – 1.00 petang
Sekolah Kebangsaan Jengka 9. Program ini bertujuan membentuk pelapis kepimpinan dalam kalangan murid sekolah rendah yang berpotensi, berdaya saing dan berkeyakinan.
Objektif Program Kepimpinan
1. Membentuk jati diri kepimpinan dalam kalangan murid melalui peranan sebagai pengawas sekolah, pengawas buku teks, pengawas pusat sumber dan ketua kelas.
2. Melatih kemahiran komunikasi, kerjasama dan pengurusan bagi memastikan keberkesanan organisasi sekolah.
3. Meningkatkan rasa tanggungjawab, disiplin dan amanah dalam menjalankan tugasan yang diberi.
4. Mewujudkan suasana sekolah yang harmoni, kondusif dan berdisiplin melalui kepimpinan pelajar yang berkesan.
5. Menggilap potensi kepimpinan masa hadapan dalam kalangan murid sebagai pelapis generasi pemimpin. Seramai 75 orang pelajar terlibat, terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas buku teks dan ketua kelas.
Sebanyak 4 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan sepanjang program, yang dikendalikan oleh 10 orang fasilitator berpengalaman yang diketuai oleh Puan Nurfarawahidah Pustakawan Kanan. Aktiviti ini direka khas untuk membentuk kerjasama, kemahiran komunikasi dan nilai kepimpinan dalam kalangan peserta. Sesi Penyerahan Surat Persefahaman (LoU) telah diadakan antara Sekolah Kebangsaan Jengka 9 dan Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang sebagai simbolik kepada permuafakatan dan kerjasama strategik.









Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan