Program Gapai Gemilang SPM 2025

Program Gapai Gemilang SPM 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 27–28 September 2025 melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 10.

Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama ICAN UiTM Cawangan Pahang.

Sepanjang dua hari program berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat yang memberi fokus kepada:

 Teknik pembelajaran berkesan dan strategi menjawab soalan SPM

Perkongsian motivasi untuk meningkatkan keyakinan di

 Bimbingan akademik yang menyokong persediaan menghadapi peperiksaan

 Aktiviti interaktif yang dapat mengukuhkan penguasaan ilmu serta kemahiran berfikir aras tinggi

Terima kasih kepada semua pihak khususnya guru dan pelajar SMK Jengka 10 atas kerjasama yang diberikan. Semoga ilmu dan motivasi yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk kejayaan SPM 2025. 

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply