MESYUARAT BAHAGIAN PERPUSTAKAAN 2026

17 Mac 2025: Mesyuarat Bahagian Perpustakaan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah berjaya dilaksanakan pada 30 Januari 2026 bersamaan 11 Syaaban 1447H bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR Kampus Seri Iskandar. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Siti Basriyah Shaik Baharudin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dengan kehadiran pegawai dan staf PTAR yang terlibat secara langsung dalam pengurusan serta penyampaian perkhidmatan perpustakaan.

Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan hala tuju strategik perpustakaan, merancang pelaksanaan aktiviti tahunan, serta meneliti cadangan penambahbaikan perkhidmatan sedia ada. Selain itu, pelbagai isu operasi turut dibincangkan secara menyeluruh bagi memastikan penyampaian perkhidmatan maklumat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, sistematik dan berkualiti selaras dengan keperluan semasa warga universiti.

Penyertaan aktif semua pegawai dan staf dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh tadbir urus perpustakaan serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Sehubungan itu, PTAR UiTM Cawangan Perak akan terus komited dalam mendukung aspirasi universiti sebagai peneraju kecemerlangan akademik dan keilmuan, sejajar dengan misi UiTM untuk memperkasa ilmu, memperkasa masyarakat dan memacu kecemerlangan institusi.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply