29 September 2023, Jumaat- PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Taklimat Perpustakaan Information Literacy Program bagi program Minggu Destini Siswa (MDS) sempena pendaftaran pelajar baharu. Taklimat perpustakaan ini telah dijalankan secara bersemuka di Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang. Taklimat disampaikan oleh Puan Shahida Talip, Pembantu Pustakawan Kanan, Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi dan Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, Unit Komunikasi Korporat, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Seramai 2,050 orang pelajar telah terlibat dalam taklimat tersebut.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan tentang perkhidmatan perpustakaan digital, PTAR Mobile App, PTAR My Knowledge Management (MyKM), teknik pencarian maklumat yang berkesan kepada pelajar, program dan aktiviti yang dijalankan di PTAR dan sebagainya kepada para pelajar baharu di UiTM Cawangan Melaka. Taklimat dimulakan dengan sesi penerangan berkaitan perkhidmatan pelanggan PTAR, disampaikan oleh Puan Shahida Talip, dan diteruskan dengan taklimat perkhidmatan digital PTAR, disampaikan oleh Puan Nur Atikah Mauzan.
Semoga dengan adanya taklimat seperti ini, dapat mempromosikan PTAR UiTM di kalangan para pelajar baharu agar mereka dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTAR dalam mencari bahan penyelidikan, pembelajaran dan rujukan sebaiknya.
Taklimat disampaikan oleh Puan Shahida Talip, Pembantu Pustakawan Kanan, Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi dan Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, Unit Komunikasi Korporat, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.
Pelajar sedang mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh penceramah
Sekitar kemeriahan taklimat sedang dijalankan
Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka