Taklimat Perpustakaan Information Literacy Program Sesi 2

2 Oktober 2023, Isnin – PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menjalankan Taklimat Perpustakaan Information Literacy Program bagi pelajar Ijazah lepasan diploma sempena pendaftaran pelajar baharu. Taklimat perpustakaan ini telah dijalankan secara bersemuka di Dewan Kuliah 2, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi sesi 1 dan 2.30 petang hingga 4.30 petang bagi sesi 2. Taklimat disampaikan oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, Puan Aidah Yazid, Pembantu Pustakawan Kanan dari Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi dan Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, Unit Komunikasi Korporat, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Seramai 97 orang pelajar telah terlibat dalam taklimat tersebut.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan tentang perkhidmatan perpustakaan digital, PTAR Mobile App, PTAR My Knowledge Management (MyKM), teknik pencarian maklumat yang berkesan kepada pelajar, program dan aktiviti yang dijalankan di PTAR dan sebagainya kepada para pelajar baharu di UiTM Cawangan Melaka.

Semoga dengan adanya taklimat seperti ini, dapat mempromosikan PTAR UiTM di kalangan para pelajar baharu agar mereka dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTAR dalam mencari bahan pembelajaran dan penyelidikan dengan sebaiknya.

Sesi pagi taklimat telah diberikan oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, dan Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

Sesi petang taklimat telah diberikan oleh Puan Aidah Yazid, Pembantu Pustakawan Kanan dan Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

Pelajar sedang mendengar taklimat

Sekitar kemeriahan taklimat perpustakaan

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply