Merbok, 20 November 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB), UiTM Cawangan Kedah terus komited memperkasa budaya ilmu melalui penganjuran Program Speed Reading Bersama Warga UiTM Cawangan Kedah, yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik dan kaedah bacaan pantas. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar sekali gus membantu mereka menguasai teknik bacaan yang lebih cekap, fokus dan tersusun. Melalui program ini, peserta didedahkan kepada kaedah membaca pantas yang dapat meningkatkan jumlah bahan ilmiah yang dibaca serta mengasah keupayaan berfikir dan mengingat dengan lebih berkesan.





Pelaksanaan program berlangsung selama lima sesi, iaitu pada 11, 13, 16, 18 dan 20 November 2025, dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Aras 2, Perpustakaan Sultan Badlishah. Program ini dijayakan dengan kerjasama Kelab Bachelor of Library Science (BLiBS) UiTM Cawangan Kedah serta dibimbing oleh pasukan penceramah dan fasilitator terdiri daripada 2 orang Pustakawan Kanan, 1 orang Pembantu Pustakawan Tertinggi dan 6 orang Pembantu Pustakawan Kanan PSB. Sepanjang lima sesi berkenaan, seramai 93 orang pelajar telah menyertai latihan bacaan pantas yang mengandungi pelbagai aktiviti interaktif dan latihan praktikal bagi mempertingkatkan kelajuan serta pemahaman membaca.




Sesi 1 pada 11 November 2025 oleh Puan Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan Perpustakaan Sultan Badlishah.




Sesi 2 pada 13 November 2025 oleh En. Shazmie Huzni Mohd Sidik dan En. Mohd Amin Zainol, Pembantu Pustakawan Kanan Perpustakaan Sultan Badlishah.




Sesi 3 pada 16 November 2025 oleh Encik Muhamad Azrul Ayob, Pembantu Pustakawan Tertinggi dan Puan Hamidah Mohd, Pembantu Pustakawan Kanan Perpustakaan Sultan Badlishah




Sesi 4 pada 18 November 2025 oleh Puan Norismaliza Che Oon dan Puan Mazuriah Ahmad, Pembantu Pustakawan Kanan Perpustakaan Sultan Badlishah.




Sesi 5 pada 20 November 2025 oleh Encik Mohd Amiruddin Mohd Nasir, Pustakawan Kanan Perpustakaan Sultan Badlishah.
Program ini telah membuktikan keberkesanannya apabila peserta menunjukkan peningkatan dari segi kelajuan membaca, teknik penguasaan teks serta keyakinan semasa membaca. Melalui pendedahan teknik bacaan pantas dan latihan sistematik yang disediakan, program ini bukan sahaja berjaya mencapai objektifnya malah turut menyemarakkan semangat pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar. Perpustakaan Sultan Badlishah akan terus berusaha melaksanakan program seumpama ini pada masa hadapan sebagai inisiatif memperkukuh budaya membaca dan meningkatkan kecemerlangan akademik warga UiTM Cawangan Kedah.
Penulis: Muhamad Azrul Ayob, Pembantu Pustakawan Tertinggi