Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2024

23 April 2024, Selasa – Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan secara serentak di seluruh Malaysia pada jam 11.00 pagi dan bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat terutama bagi warga UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang. Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan di Ruang Bacaan sekitar Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dan di unit/bahagian masing-masing bermula jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi dan bertemakan “Pembacaan Melestarikan Perpaduan”.

Program ini melibatkan semua pelajar dan staf UiTMCK Kampus Machang dan bagi memeriahkan lagi program ini, pihak PTA telah mengadakan satu aktiviti iaitu ulasan buku dimana para pelajar ataupun staf perlu membuat ulasan bagi buku yang telah dibaca.

Diharapkan agar warga UiTMCK Kampus Machang dapat menjadikan amalan membaca sebagai senaman dan latihan minda. Pihak PTA juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua warga UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang yang terlibat dalam menjayakan program Jom Baca Bersama 10 Minit bagi tahun ini.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply