Majlis Sending-Off Encik Zulkifli Bin Saari

13 Mac 2024: Majlis Sending – off telah diadakan oleh pihak UiTM Cawangan Perak sebagai tanda ingatan kepada Encik Zulkifli Bin Saari, Pembantu Pustakawan Tertinggi, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Beliau telah bermula cuti bersara pada 1 Februari 2024 dan telah bersara wajib pada 22 Mac 2024.

Majlis telah diraikan oleh Rektor UiTM Cawangan Perak, Profesor Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim PMP bersama Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Perak. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran staf dari pelbagai Bahagian Kampus Seri Iskandar.

Warga PTAR Perak mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan ketika berkhidmat di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Hanya Allah sahaja dapat membalas segala jasa dan pengorbanan yang diberikan.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply