Program Misi Akademik UiTMCT: Lawatan Sekolah Menengah Darul Iman Dungun Terengganu

Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Islam Darul Iman, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu, pada 5 Februari 2024, Isnin yang lalu. Lawatan bermula 12.30 tengah hari disertai oleh seramai 67 orang pelajar Tingkatan 3 bersama 4 orang guru pengiring. Lawatan ke perpustakaan ini adalah sebahagian daripada aktiviti Program Misi Akademik untuk mendapatkan pendedahan mengenai sumber rujukan, kemudahan dan program yang ditawarkan di kampus UiTM Cawangan Terengganu.

Pelbagai maklumat berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan dikongsikan bagi memberi gambaran tentang sokongan akademik melalui sumber rujukan fizikal mahupun digital, di samping mengadakan lawatan ke ruang bacaan serta sekitar perpustakaan.

Sesi lawatan dan penerangan telah diketuai oleh Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan, dan dibantu oleh beberapa orang staf perpustakaan. Semoga dengan adanya lawatan sambil belajar ini memberi manfaat dan motivasi kepada para pelajar untuk lebih bersemangat dan teruja untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Selain itu, amatlah diharapkan bahawa kunjungan ini dapat memberikan suatu pengalaman bermakna serta gambaran baru kepada mereka mengenai perpustakaan.

Program Misi Akademik UiTM Cawangan Terengganu ini memenuhi matlamat Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education.

Disediakan oleh: En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply