Lawatan Alumni Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (DBS Batch 1989-1992) ke Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu

Sempena Program Tautan Kasih dan β€˜Grand Dinner 35-Years of Friendship’ Alumni Fakulti Pengurusan dan Perniagaan – DBS Batch 1989-1992’ telah mengadakan kunjungan lawatan ke Perpustakaan Cendekiawan pada 24 Februari 2024, Sabtu. Lawatan ini bertujuan untuk melihat kembali mengimbau kenangan semasa belajar di UiTM Cawangan Terengganu dan bertemu mesra dengan rakan sekelas.

Sesi lawatan yang mengambil masa satu jam ini dikendalikan oleh Cik Asmahani Abdullah, dibantu oleh En. Ahmad Fathi dan Puan Ayuzawahie. Penerangan mengenai sejarah perkembangan koleksi dan ruang perpustakaan telah disampaikan secara santai di ruang Sudut AZKA@Library Community Engagement dan kemudian delegasi lawatan seramai dua puluh orang alumni tersebut diiringi melawat ke ruang bacaan dan sekitar kawasan perpustakaan. Dengan pelbagai latar belakang profesion, mereka bersetuju dan bersedia untuk mengadakan perkongsian ilmu kepada warga UiTMCT sekiranya dijemput untuk menjayakan program sebagai mengenang jasa UiTMCT.

Sesi lawatan ini kemudian berakhir di lokasi penternakan kelulut bersebelahan bangunan perpustakaan.

Kami di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT sentiasa mengalu-alukan kedatangan alumni ke UiTM Cawangan Terengganu umumnya, dan ke perpustakaan khususnya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 09-8400 190.

Disediakan oleh:Β En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply