Bengkel Penulisan UiTM Cawangan Terengganu – Penggunaan Paper Machine

Sentiasa komited menyokong penulisan dan penerbitan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), Perpustakaan Cendekiawan dan Unit Penulisan & Penerbitan, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, telah menganjurkan Bengkel Penulisan – Penggunaan Paper Machine pada 19 Februari 2024, Isnin. Bertujuan untuk membantu merangka penulisan akademik bagi pensyarah baharu seterusnya meningkatkan penyelidikan UiTM, Paper Machine merupakan satu inisiatif yang dibangunkan atas kerjasama mantan Naib Canselor UiTM, Bahagian Bahagian Transformasi Universiti, dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).

Taklimat dijalankan secara bersemuka di Dewan Jasmin UiTMCT telah disampaikan oleh Dr. Zalifah Awang Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan disertai seramai xx orang peserta terdiri dari warga penyelidik dan Pustakawan UiTMCT.

Penyampaian cenderahati oleh  Prof. Madya Ts. Dr. Sarifah Fauziah Syed Draman, Timbalan Rektor (Akademik) UiTM Cawangan Terengganu, kepada Dr. Zalifah Awang Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan, selaku penceramah bengkel.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam bengkel ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapat meningkatkan motivasi warga penyelidik dalam menerbitkan artikelΒ  serta bahan penulisan dengan lebih mudah.

Disediakan oleh: En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply