Pelajar Tamat Latihan Industri Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Dirai

Perpustakaan Cendekiawan,UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah mengadakan satu majlis meraikan tiga orang pelajar latihan industri pada 30 Januari 2024, Selasa yang lalu. Pelajar-pelajar tersebut ialah:-

  • Rabiatul Ainnuha binti Ridzuan
    Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat
    UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang
  • Nur Amirah Aqilah binti Udin
    Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan
    UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau
  • Nur Hidayah binti Rosli
    Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan
    UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau

Para pelajar latihan industri tersebut telah mula bertugas di Perpustakaan Cendekiawan sejak 4 September 2023, Isnin, yang lalu untuk tempoh selama lima bulan iaitu berakhir pada 31 Januari 2024, Rabu. Sepanjang tempoh menjalani latihan industri di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT, pelbagai pendedahan telah diberikan terutamanya mengenai proses kerja dan pengoperasian perpustakaan. Selain itu, para pelajar ini juga diberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti perpustakaan.

Salah seorang daripada mereka iaitu Cik Rabiatul Ainnuha binti Ridzuan telah mencadangkan satu sistem melalui projek khas latihan industri beliau yang dinamakan My Insight: PC Monitoring System, yang telah dibentangkan kepada pengurusan perpustakaan, pada 30 Januari 2023, Rabu yang lalu. Sistem ini antara lain membantu pihak perpustakaan untuk mengumpulkan data statistic penggunaan komputer di kedua-dua buah makmal perpustakaan.

Amatlah diharapkan dengan segala ilmu dan pengalaman yang telah dikongsikan dari seluruh warga Perpustakaan Cendekiawan ini dapat membantu para pelajar agar lebih bersedia menghadapi alam pekerjaan di masa akan datang. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan Ikhlas daripada seluruh warga Perpustakaan Cendekiawan.

All the best!

Disediakan oleh: En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply