Taklimat PADU@PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

21 Februari 2024 – Bertempat di ruang Library Community Engagement, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah diadakan taklimat sistem PADU. Taklimat yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang ini telah mendapat kerjasama daripada Digital Penang, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Pulau Pinang, Persatuan Pentadbir UiTM, dan KKUUiTM Cawangan Pulau Pinang. 

Taklimat ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada para peserta mengenai pendaftaran dan pengisian maklumat di dalam sistem PADU. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Adrian Austin Spiji, Timbalan Pengarah DOSM Pulau Pinang. Di akhir taklimat, reruai PADU dibuka untuk membantu peserta yang mengalami kesukaran untuk mengisi data atau mereka yang mempunyai kemusykilan hal yang berkaitan.

Taklimat ini telah dihadiri oleh 78 orang peserta secara fizikal yang terdiri daripada staf akademik dan staf pentadbiran UiTM Cawangan Pulau Pinang dan mendapat 52 views di dalam siaran langsung melalui Facebook PTAR UiTMCPP di pautan https://www.facebook.com/100077937390499/videos/935529237945635

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply