Sparkle Through Speech 3.0

Sempena cuti sekolah, Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Pusat Pendidikan UPM, Universitas Negeri Padang (UNP), Sumatera Barat, Indonesia danΒ Podcaster (Bakat Muda), UiTM Cawangan Pulau Pinang, telah menganjurkan Program Sparkle Through Speech 3.0, Digital Dialogue: Mastering Communication Skills pada 14 dan 15 Februari 2024.

Program yang diadakan di PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh ini telah disertai oleh 45 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada anak-anak staf UiTM Cawangan Pulau Pinang. Sepanjang 2 hari program dijalankan. pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pihak penganjur antaranya “Who Am I?”, “Positive Affirmation & Chant Creation” dan aktiviti “Build and Descibe” yang memerlukan peserta membina bangunan atau objek menggunakan set lego yang disediakan. Selain itu, peserta juga telah mengikuti bengkel “Speed Reading” yang telah disampaikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Pada hari kedua pula, para peserta telah mengikuti sesi “Google Meet” bersama Dr Ridha Hasnul Ulya daripada Universitas Negeri Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Kemudian peserta berpeluang merekod podcast mengikut kumpulan masing-masing berdasarkan tajuk yang dipilih bersama Podcaster Bakat Muda, Whatnow? Jom Ah Lepak. Tiga kumpulan terbaik telah dipilih untuk mempersembahkan podcast mereka untuk tontotan tetamu jemputan dan rakan peserta.

Dengan penganjuran program ini, diharap ia dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan peserta selain meningkatkan keyakinan mereka dalam pengucapan awam dan pergaulan bersama ahli kumpulan terutamanya di dalam Bahasa Inggeris. Hadiah dan cenderahati kepada para peserta telah disampaikan di akhir program oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar.

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply