Lawatan Penandaarasan PTAR UiTM Cawangan Melaka Ke Jabatan Arkib Universiti (JAU), PTAR UiTM Shah Alam

15 Februari 2024, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan lawatan penandaarasan Jabatan Arkib Universiti (JAU), PTAR UiTM Shah Alam bagi melihat proses kerja pengurusan arkib di Jabatan Arkib Universiti (JAU), PTAR UiTM Shah Alam terutama sekali proses pembersihan rekod dan penyimpan rekod di gedung. Lawatan ini diketuai oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan bersama 10 orang staf PTAR dari ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin. Kehadiran kami telah disambut oleh Puan Noor Hayati binti Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan dan Muhammad Azrul Nizam bin Abdul Rahman, Pustakawan.

Semoga hasil lawatan ini dapat membina jaringan kerjasama yang baik dalam memacu kecemerlangan operasi serta tadbir urus perkhidmatan arkib.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply