PROGRAM READ@UiTM : MOBILE LIBRARY@PST DI PERKARANGAN MASJID AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

27 Februari 2024 – Perpustakaan Tun Abdul Razak : Sains dan Teknologi dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM telah berjaya menganjurkan Program Mobile Library@PST 2024 dimana penganjuran program berkenaan telah diadakan di perkaranganΒ Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin bermula dari jam 12.00 tengahari sehingga Jam 2.30 petang

Program Mobile library PTAR ini telah disambut dengan sangat baik oleh kakitangan UiTM khususnya kepada para kakitangan Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM, para pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) serta para jemaah masjid. Bahan ilmiah yang dibawa pada sesi mobile library kali ini adalah lebih menjurus kepada topik agama melibatkan topik zakat, haji, buku biografi tokoh-tokoh islam dan lain-lain lagi

Melalui program ini, usaha bagi meningkatkan lagi budaya membaca telah berjaya disebar luas kepada golongan staf yang terlibat sekaligus menyokong inisiatif read@UiTM yang dipacu oleh kerajaan.

Muhammad Zaidie Bardan PST UiTM Shah Alam

Leave a Reply