Aktiviti Anjakan Buku Di Rak PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

12 Februari 2024: Satu aktivit anjakan buku di rak telah dijalankan di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Aktiviti itu telah disertai oleh semua staf perpustakaan dan bertujuan untuk menyusun atur semula buku di rak tersebut yang telah kelihatan terlalu padat.

Aktiviti ini juga turut disertai oleh Puan Siti Basriyah binti Shaik Baharudin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan). Segala kerjasama staf perpustakaan amatlah dihargai kerana menjayakan aktiviti tersebut.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.

Avatar photo
Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply