Program Bicara Ilmu: Masjid Al-Aqsa untuk Semua Umat Islam (Perantara Perjalanan Israk Mikraj dan Kepentingannya)

5 Februari 2024 – Bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah berlangsung Program Bicara Ilmu oleh Ustaz Manis sempena meraikan sambutan peristiwa Israk Mikraj. Program ini juga dijalankan secara langsung menerusi Facebook PTARUiTMCPP dan disertai oleh 109 penonton di LCE daripada Rumah Ngaji Pulau Pinang, pelajar-pelajar Mutawif serta staf UiTM.

Antara perkongsian yang telah disampaikan selama 2 jam ini adalah mengenai sejarah pencabulan Palestin oleh Israel sejak 75 tahun yang lalu disamping peranan umat Islam di dunia untuk memberi perhatian kepada Palestin kerana ia merupakan tanah yang diberkati dan menjadi naungan seluruh umat Islam.

Turut sama hadir untuk mengikuti program ini ialah Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar selaku Timbalan Ketua Pustakawan serta Puan Hajah Zaiton@ Zariyah Abdullah, Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang. Rakaman program ini boleh ditonton di pautan berikut; https://www.facebook.com/100077937390499/videos/898203281983287

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply