Lawatan Dari PTAR UiTM Cawangan Kampus Tapah

1 Februari 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menerima lawatan daripada PTAR Kampus Tapah iaitu Encik Mohd Amirul Hafidz bin Ahmad (Pembantu Pustakawan Kanan) dan 2 orang pelajar Latihan Industri

Tujuan lawatan adalah untuk mengemaskini Sistem Log Susunan Bahan Perpustakaan (SLSBP) yang dibangunkan oleh En Hafidz sendiri. Semoga proses ini mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan juga pihak PTAR Cawangan Perak.

Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply