Library Outreach: Taklimat Perpustakaan – Pengurusan Rekod

Pada 11.10.2023 (Rabu) jam 8.00 pagi, pihak Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menerima lawatan daripada pelajar Advanced Records Management (ASM501) untuk mendapat taklimat berkaitan pengurusan rekod yang telah digunapakai oleh pihak Perpustakaan Al-Bukhari.

Seramai 26 orang pelajar terlibat dalam taklimat ini. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar cara pengurusan rekod menggunakan kaedah yang betul mengikut klasifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak UiTM. Pelajar juga dimaklumkan klasifikasi yang sama digunapakai oleh setiap bahagian di UiTM.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Hajah Rosnita binti Ja’afar selaku Timbalan Ketua Pustakawan dibantu oleh Puan Suhaina binti Ibrahim (Pembantu Pustakawan), Puan Mazerina binti Nazeri (Kerani Kanan), En.Razali bin Mat Sabu (Pembantu Pustakawan Kanan), En. Zainudin bin Ghani (Pembantu Pemuliharaan Kanan) dan En. Ibrahim Fikri bin Ya’akob (Pembantu Pemuliharaan Kanan).

Para pelajar juga diberi pendedahan tentang penggunaan Mobile Apss PTAR oleh Cik Muniratul Husna Pustakawan, Unit Pekhidmatan Perpustakaan.

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply